LAPORAN AKTIVITI FASILITATOR SCHOOLNET (TIDAK FORMAL) DISKUSI PEMBINAAN LAMAN WEB (24 JANUARI dan 7 FEBRUARI 2010)
1. NAMA AKTIVITI:
DISKUSI PEMBINAAN LAMAN WEB SEKOLAH
2. DISKRIPSI:
Laman web sekolah adalah salah satu KPI yang ditetapkan oleh KPM untuk semua Fasilitator SchoolNet. Laman web ini perlu aktif pada Mac 2010. Oleh yang demikian, bebearapa orang FS pengambilan kedua mengambil inisiatif untuk mengadakan diskusi tidak formal bagi membangunkan laman web berkenaan dalam memastikan KPI mereka tercapai sebagaimana yang telah digariskan oleh KPM.
3. PERLAKSANAAN:
Oleh kerana kedudukan FS yang berjauhan mengikut sekolah masing-masing, maka diskusi terpaksa diadakan di dua lokasi yang berasing iaitu di Seremban dan di Shah Alam.
4. DISKUSI PERTAMA (SEREMBAN):
TARIKH : 24 JANUARI 2010 (AHAD)
MASA : 11:00 pagi hingga 4:00 petang
LOKASI : Bangunan Terminal 2, Seremban.
PESERTA :
1. SITI NAZIRAH BINTI ABU BAKAR - SK (FELDA) PALONG 2
2. MASRINA BINTI BAHARUDDIN - SK (FELDA) PALONG 12
3. SHAFAZIRA BINTI ISMAIL - SMK JELAI (F)
4. NUR AZLINA BINTI MUHAMAD - SK TUNKU MUDA SERTING
5. DISKUSI KEDUA (SHAH ALAM):
TARIKH : 7 FEBRUARI 2010 (AHAD)
MASA : 9:00 pagi hingga 4:30 petang
LOKASI : Bilik Latihan, Pejabat SKMM Wilayah Tengah, Shah Alam.
PESERTA :
1. HANIS BINTI NOORIZAN - SK (FELDA) SERTING HILIR 2
2. SITI NORR AZURA BINTI MOHD TAHIR - SK (FELDA) SERTING
3. KHAIRUNNIZA BINTI IDERIS - SK BUKIT RAWANG JAYA
4. SUHAILA BINTI ABD AZIZ - SMK TAMAN MELAWATI
5. NURUL HAYATI BINTI MOHAMAD - SK PARIT MAHANG
6. ZAMRI BIN JAMEIN - SJK (T) SERDANG
7. NURHAYATI BINTI SULAIMAN - SK SERTING HILIR KOMPLEKS
8. MOHD SHAHRUL NIZAM BIN HAZAMI - SMK SULTAN SULAIMAN SHAH
6. AGENDA/PENGISIAN:
Perbincangan berkenaan pembinaan laman web sekolah
• Setting domain/subdomain
• Webhosting
• Setup portal/blog (Joomla/Wordpress)
• Lain-lain
7. SASARAN:
Para FS dapat mengendalikan laman web sekolah bermula daripada setting domain, penyelenggaraan tapak web dan kandungan laman web.
8. HASIL:
Sehingga akhir diskusi, paling minima para FS telah dapat mengaktifkan alamat web (domain/URL) sekolah masing-masing. Bagi FS yang agak berkebolehan, mereka telah mampu menyunting dan menyelenggara laman web dengan lebih kemas.
Alamat web yang telah aktif adalah seberti berikut:
1. SK TUNKU MUDA SERTING:
http://sktunkumudaserting.cjb.net
2. SK PALONG 2:
http://skp2.cjb.net
3. SK PALONG 12:
http://skp12.cjb.net
4. SMK Jelai
http://www.smkjelai.net (Laman web sekolah sedia ada)
5. SK (FELDA) SERTING HILIR 2
http://skfsertinghilir2.cjb.net
6. SJK (T) SERDANG
http://www.sjktserdang.cjb.net
7. SK (FELDA) SERTING
http://sksf.cjb.net
8. SK BUKIT RAWANG JAYA
http://www.skbrj.com (Laman web sekolah sedia ada)
http://www.skbrj.cjb.net (Blog yang dibangunkan oleh FS)
9. SMK TAMAN MELAWATI
http://www.smktamanmelawati.cjb.net
10. SK PARIT MAHANG
http://www.skparitmahang.cjb.net
11. SK SERTING HILIR KOMPLEKS
http://www.skshk.cjb.net
12. SMK SULTAN SULAIMAN SHAH
http://smksss.cjb.net/
9. ISU:
1. DOMAIN DAN WEBHOSTING:
Sepatutnya semua sekolah menggunakan domain .EDU.MY dan mempunyai satu akaun webhosting khas. Namun, memandangkan urusan pendaftaran domain memerlukan masa dan peruntukan kewangan, FS mengambil inisiatif menggunakan “subdomain” dan perkhidmatan webhosting percuma.
2. KEMAHIRAN FS:
Walaupun kebanyakan FS sudah biasa menggunakan internet, namun mereka kurang kebolehan dalam membangunkan dan mengendalikannya. Mereka memerlukan masa untuk menguasai kemahiran ini. Bagi membolehkan laman web sekola dapat diaktifkan mengikut jadual yang ditetapkan, mereka memerlukan tunjuk ajar dan juga perbincangan khas.
3. KEMUDAHAN:
Tidak semua FS mempunyai kemudahan komputer riba dan internet broadband. Keadaan ini menyebabkan sebahagian besar daripada mereka tidak dapat mengikuti diskusi yang dijalankan ini.
10. PENUTUP:
Para FS seharusnya diberikan peluang untuk mengasah bakat dan kemahiran. Berdasarkan diskusi yang dibuat ini menggambarkan mereka sebenarnya mempunyai hasrat dan inisiatif untuk melakukan sesuatu yang terbaik dalam kerjaya mereka.
Oleh yang demikian, adalah diharapkan pihak-pihak yang berkenaan dapat memberikan peluang dan menyediakan kemudahan yang sewajarnya agar matlamat dan objektif projek Fasilitator SchoolNet dapat dicapai dengan jayanya.
Disediakan oleh,
(ANUAR BIN CHE HASSAN)
Fasilitator SchoolNet SKMM,
Pejabat Wilayah Tengah,
Shah Alam, Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan