Program Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) adalah satu inisiatif untuk membangun dan melaksanakan satu program usahasama yang mempunyai kesan sosial dan ekonomi positif ke atas komuniti tersebut. PJK menyediakan satu platform untuk pembangunan modal insan dan pembinaan kapasiti melalui penyebaran ilmu pengetahuan dengan cara menyediakan capaian kepada perkhidmatan-perkhidmatan komunikasi. Ia turut menyediakan satu platform untuk mewujudkan kesedaran, promosi, pemasaran dan jualan bagi perkhidmatan capaian jalur lebar individu.
Selain daripada projek-projek rintis PJK dan peluasan Fasa 1, program PJK telah diperluaskan lagi dengan Fasa 2 yang meliputi 89 lokasi yang melibatkan 4 syarikat telekomunikasi utama - TM, DiGi, Celcom dan Maxis. Perlaksanaan Fasa 2 projek tersebut melibatkan perlantikan pemberi perkhidmatan pada 15 April 2009 di mana tarikh permulaan perlaksanaan adalah 2 minggu kemudian. Pemberi perkhidmatan yang dinamakan diberi tempoh perlaksanaan selama 24 minggu untuk melaksanakan projek tersebut.
Setelah mengambil kira komen-komen positif oleh para pemegang kepentingan mengenai projek-projek PPS (Rintis dan Fasa 1) yang terdahulu semasa kajian kesan ke atas komuniti baga perlaksanaan PJK yang dijalankan oleh Bahagian Pemberian Perkhidmatan Sejagat (BPPS), tapak-tapak yang lebih besar telah disyorkan oleh Suruhanjaya bagi PJK di bawah Fasa 2 yang merangkumi 20 komputer peribadi, berbanding 10 komputer peribadi sebelum ini.
Di bawah perlaksanaan Fasa2 projek itu, spesifikasi dan konsep baru bagi perkhidmatan kolektif dan capaian jalur lebar dalam sasaran perkhidmatan sejagat bagi PJK seterusnya diperkenalkan.
Spesifikasi-spesifikasi baru ini termasuk: