Fasilitator SchoolNet

Pengenalan Program Fasilitator SchoolNet
        
Program ini bagi membantu hal-hal yang berkaitan dengan projek SchoolNet di sekolah seluruh Negara. Ini adalah berpunca dari masalah terhadap penggunaan Schoolnet yang sangat rendah disamping isu aduan Schoolnet yang kerap menghadapi masalah.


Di bawah Pakej Rangsangan 2 atau Mini Bajet, peruntukan sebanyak RM150 juta telah diluluskan kepada KTAK (Kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - KPKK) bagi Projek SchoolNet Fasa 2A. Skop projek yang telah diluluskan adalah:

  • Penyenggaraan semua sekolah SchoolNet dari September 2009 hingga Disember 2010.
  • Perlantikan Fasilitator SchoolNet (FS) di 1000 buah sekolah.


Tujuan
  1. Matlamat utama menempatkan Fasilitator SchoolNet (FS) adalah untuk membantu sekolah meningkatkan penggunaan SchoolNet di samping memberi ruang kepada graduan mendapat pekerjaan.
  2. Bagaimanapun skop kerja FS ini diperluaskan kepada membantu mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan semua inisiatif ICT di sekolah termasuk peralatan, latihan kemahiran ICT dan aplikasi-aplikasi yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.
  3. FS juga berperanan dalam memberikan kemahiran ICT kepada komuniti setempat.


Pelaksanaan
  1. Program ini bermula pada 11 Jun 2009 dan penempatan ke sekolah bermula 29 Jun 2009.
  2. Proses pengiklanan dan pengambilan diuruskan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pengiklanan dibuka menerusi laman web Jabatan Tenaga Manusia, KSM. Tempoh pengiklanan hanya mengambil masa 3 hari.
  3. Proses Temu duga bagi pengambilan ini dilaksanakan di 44 buah pusat seluruh negara. Lokasi adalah di Jabatan Tenaga Manusia, KSM. Semua urusan temu duga diuruskan oleh KPKK dan KSM dengan dibantu beberapa pegawai F48/DG48 dan pegawai-pegawai 44 dan 41 di Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian-bahagian Kementerian Pelajaran.
  4. Semua urusan berkaitan dengan kontrak dan penempatan diuruskan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Fungsi Fasilitator SchoolNet       
 

Fungsi Umum
 

Matlamat utama menempatkan Fasilitator SchoolNet (FS) adalah untuk membantu sekolah meningkatkan penggunaan SchoolNet di samping memberi ruang kepada graduan mendapat pekerjaan. Perlantikan fasilitator (non-teaching) bagi mengurus, melatih dan mempersiapkan (groom) sekolah dalam penggunaan/pembudayaan ICT/SchoolNet dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).



Fungsi Khusus
 

Peranan dan tanggungjawab FS adalah:

  1. Membantu mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan semua inisiatif ICT di sekolah termasuk peralatan, latihan kemahiran ICT dan aplikasi-aplikasi yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.
  2. Memberikan kemahiran ICT kepada komuniti setempat.
  3. Membantu serta membimbing warga sekolah menggunakan ICT dalam P&P.
  4. Menjalankan latihan in-house kepada warga sekolah menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti P&P.
  5. Membantu menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah sepanjang tempoh program.
  6. Membantu meningkatkan budaya ICT di sekolah.
  7. Menjalankan program-program ICT untuk komuniti dengan persetujuan JPN dan sekolah.