Dalam usaha menuju ke arah status negara maju dan bernilai tinggi, industri komunikasi dan multimedia akan memainkan peranan yang penting dalam banyak aspek.Industri komunikasi dan multimedia bukan hanya menyumbang terhadap kemajuan sosio-ekonomi, malah turut menyumbang dalam bidang pembangunan budaya.
Jalur lebar dikenalpasti sebagai pemangkin ke arah transformasi. Kita telah memulakan program yang agresif dalam penyediaan perkhidmatan jalur lebar kepada rakyat demi meningkatkan tahap capaian jalur lebar di negara ini.
Pengagihan Komputer Riba 1Malaysia kepada pelajar dan keluarga yang layak dan program Kampung WiFi adalan antara dua inisiatif yang istimewa dalam pelaksanaan jalur lebar untuk negara.
SKMM diamanahkan untuk melaksanakan Pelan Jalur Lebar Negara, di samping memastikan rakyat mendapat capaian kepada kemudahan komunikasi jalur lebar yang mencukupi pada harga yang berpatutan. Sebagai pengawalselia industri pula, SKMM perlu berfungsi secara telus dalam mengendalikan persaingan yang adil dan menggalakkan kecekapan di kalangan pemain industri. Harapan saya agar tiada sesiapapun yang tertinggal dalam usaha mentransformasikan negara ini.
Rakyat Malaysia sekarang terdedah kepada pelbagai jenis saluran media berbanding beberapa tahun yang lepas. Sebagai pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Perkhidmatan Pos 2001 dan Akta Tandatangan Digital 1997, fungsi dan peranan Suruhanjaya semakin berkembang dan penting. Buku Laporan Tahunan ini menyampaikan pencapaian dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Suruhanjaya, serta memberi gambaran mengenai pelbagai aspek tatacara dan fungsinya. Saya amat yakin bahawa Suruhanjaya ini akan meneruskan prestasi cemerlangnya di masa akan datang dengan sokongan dan penyertaaan semua pihak.
DATO’ SERI UTAMA DR RAIS YATIM
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan